Monday, August 30, 2010

Merdeka ke 53 - 2010

Salam merdeka.. tahun nie kita meraikan hari kemerdekaan pada bulan puasa macam tahun lepas juga. alhamdulillah. dalam pada kita mengerjakan ibadah puasa, tak lupa juga kita nak sambut Hari Merdeka yang ke 53. sambutan yang bersesuaian dengan keadaan.

Tak salah untuk menjadi patriotik, tak salah untuk cintakan negara, tak salah untuk bangga menjadi rakyat Malaysia, malah saya berbangga cukup berbangga dpat menjadi rakyat Malaysia, berbangga cintakan negara, bangga saya dilahirkan di bumi Malaysia.

Dan jangan lupa bersyukur, itu yang penting, bersyukur kita hidup aman damai, bersyukur kita telah boleh berdikari, kita boleh dalam segala hal dan bidang. bersyukur kita hidup mudah, nak g masjid senang, nak g shoping kompleks pun senang. jd apa nak lagi? bersyukur kpd Allah kita hidup makmur dan sejahtera, berdoalah kita agar kesejahteraan yang kita kecapi ini berpanjangan. berdoalah agar dijauhkan malapetaka, berdoalah agar mendapat kekuatan hati, dari diganggu oleh anasir2 jahat yang cuba memporak perandakan rakyat Malaysia. Amin..



Sudirman : 31 Ogos



Dr Sam - Saya Anak Malaysia

Tuesday, August 10, 2010

Marhaban ya Ramadhan 2010

Alhamdulillah tahun ini kita berjumpa lagi wahai bulan Ramadhan, aku amat bersyukur kepadaMu ya Allah dengan keizinanMu dapat lah aku beribadah lagi di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Tahun nie Ramadhan jatuh pada 10 Ogos 2010 bersamaan hari Rabu. Kali ni ramadhan berbeza dari tahun2 yang lepas, kalau thn lepas berpuasa dgn isteri, thn ni berpuasa ada baby Humaira pula. dan thn ni juga bpuasa n bersahur dgn family. heheh. sure bangun sahur ngan baby punya lah. Myra jgn risau, insyaallah ayah n mama akan ajar n didik Myra dgn megikuti syariat agama islam yang betul ye syg ye.

Setiap tahun, bila tiba Ramadhan hati kecil kita mesti berkata thn nie nak beribadah lebih dari thn lepas, nak lebih baca al-quran, nak khatam al-quran, nak perbanyakkan zikir di mulut, nak tarawikh 20 bukan 8 lagi dan lain2. bagus, teruskan usaha murni itu, kita target supaya pertingkatkan lebih kali ini. bukan senang nak dpt peluang yang sebegini besar. bersyukur kita ditemukan kali ini kan.

Ayah slalu berkata, rebutlah peluang beribadah di bulan Ramadhan ni. kutip segala pahala2 yang ada. ayah slalu ibaratkan Ramadhan ni seperti sebuah lori yang penuh dgn harta, emas, permata yang sedang datang ke arah kita perlahan2 untuk kita kaut segala harta didalam lori tu, dan akan tinggalkan kita bila tamatnya Ramadhan nnt.

So, apa tunggu lagi, carik lah tangga, bakul besar, beg besar untuk kita kutip segala harta2 yang ada didalam lori tu. cepat2 sebelum lori tu berlalu pergi. takkan kita nak tengok jer lori tu berlalu pergi? tak nak ker harta2 didalam tu? dengan usaha sendiri boleh jer kita ambil harta2 tu kan.

ibaratnya begitu lah, begitu mudahnya kita dpt mengumpul ganjaran pahala di bulan puasa ni. bnyk kelebihan yang Allah berikan kpd kita, tinggal kita jer yang kena usaha. thanks ayah yang selalu memberi nasihat n dorongan.

Sekrianya terdapat salah dan silap saya minta maaf dan juga saya mengucapkan selamat berpuasa!

Friday, August 6, 2010

Nasi Ayam Taman Warisan Putrajaya


Taman Warisan Putrajaya ni bnyk stall2 makanan, tp yang menjadi feveret tiap kali dtg sini ialah nasi ayam.

stall dia terletak kat ruangan luar bahagian tempat makan. kalau time tghari alamatnya beratur la nak order nasi ayam nih...

rasanya yang sangat sedap, dgn ayam yang lembut, gabungan sos cili dan kicap yang menaikkan selera, beserta sup yang panas.

nampak sedap kan.. mmg sedap pun rasanya...

wan arif n ezal khusyuk makan..


lagi sedap kalu makan ngan tangan, kata faisal

huhuh,, nak makan ker nak bergambar tu?


ok map utk ke sana..


View Larger Map