Thursday, August 6, 2009

Panduan Penjagaan Influenza A H1N1

Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri di Rumah

Anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hostpital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut:
  • Masalah Pernafasan
  • sesak nafas, semut, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu.
  • Batuk berdarah atau kahak berdarah
  • Sakit dada berterusan
  • Cirit-birit atau muntah yagn kerap
  • Demam berterusan melebihi 3 hari atau demam berulang selepas 3 hari pulih
  • Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan.
  • Rasa pening apabila berdiri
  • Kurang Kencing.


Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah


  • Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
  • Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
  • Berehat secukupnya.
  • Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup bagi mengelakkan dehidrasi.
  • Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan segera dapatkan rawatan doktor.
  • Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).

Nasihat Untuk Pesakit dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah

Amalkan Etika Batuk
  • Pesakit mesti mengamalkan etika batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.

Tingkatkan Penjagaan Kebersihan Diri
Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah2 berikut:
  • Kerap cuci tangan dgn sabun dan air atau bahan cuci berasaskan alkohol.
  • Keringkan tgn dgn tisu atau tuala yan berasingan utk setiap ahli keluarga.
  • Cuci pinggan mangkuk dan peralatan lain serta permukaan yang kerap disentuh, dgn menggunakan bajan pencuci yagn biasa digunakan dirumah.

Jangan Kongsi Peralatan PEribadi
  • Peralatan seperti pinggan mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dgn sabun dan air.

Menjarakkan Diri
  • Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka benar2 sembuh, lazimnya 7 hari.
  • Pesakit seboleh2nya diminta tinggal di bilik berasingan.
  • Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh2nya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya 1 meter utk mengelakkan jangkitan.
  • Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan etika batuk yang betul dan kerap mencuci tangan.

No comments: