Friday, August 21, 2009

Niat Puasa Ramadhan

Lafaz Niat Puasa Ramadhan:









Ertinya: "Sahaja aku berpuasa esok hari kerana menunaikan fardu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala. "

Tuesday, August 11, 2009

Enabling mod_rewrite dalam xampp

Nota Sendiri.

Ini adalah untuk memudahkan kerja2 Clean URLs didalam Drupal.

Sepatutnya Xampp yang baru sudah enable da mod_rewrite nih.. tp kalau ada jugak masalah mod_rewrite ni bleh la wat cam gini..

1. Edit file httpd.conf dalam folder sini
xampp-directory\apache\conf

2. Carik line nie dan uncomment dia
#LoadModule rewrite_module modules/mod_rewrite.so

dan sepatutnya jadi camni
LoadModule rewrite_module modules/mod_rewrite.so

3. Carik line ni pulak
AllowOverride None

tukar camni
AllowOverride All

4. carik lagi line kat step 3, sepatutnya ada 2-3 kali nak kena tukar.

dah siap...

Thursday, August 6, 2009

Panduan Penjagaan Influenza A H1N1

Panduan Menilai Tahap Kesihatan Diri di Rumah

Anda perlu mendapatkan rawatan SEGERA di hostpital jika anda mengalami mana-mana tanda dan gejala berikut:
  • Masalah Pernafasan
  • sesak nafas, semut, warna bibir bertukar menjadi biru/ungu.
  • Batuk berdarah atau kahak berdarah
  • Sakit dada berterusan
  • Cirit-birit atau muntah yagn kerap
  • Demam berterusan melebihi 3 hari atau demam berulang selepas 3 hari pulih
  • Berkelakuan tidak normal, keliru, kurang responsif kepada rangsangan atau sawan.
  • Rasa pening apabila berdiri
  • Kurang Kencing.


Penjagaan Kesihatan Diri Di Rumah


  • Jika demam makan ubat paracetamol mengikut dos yang disyorkan.
  • Demam yang telah reda tidak bermaksud anda telah sembuh tetapi boleh membuatkan anda berasa lebih selesa. Patuhi arahan pada label ubat. Dapatkan nasihat pengamal perubatan tentang ubat yang disarankan, sukatan yang sesuai, kesan sampingan ubat dan bila pengambilan perlu dihentikan.
  • Berehat secukupnya.
  • Banyakkan pengambilan cecair (termasuk air mineral, bubur, isotonik, jus buah-buahan dan sup bagi mengelakkan dehidrasi.
  • Sekiranya mengalami tanda-tanda kecemasan segera dapatkan rawatan doktor.
  • Pastikan pengudaraan yang baik di rumah (contohnya membuka tingkap di bilik, dapur, tandas dan bilik mandi).

Nasihat Untuk Pesakit dan Ahli Keluarga Bagi Mengawal Jangkitan Di Rumah

Amalkan Etika Batuk
  • Pesakit mesti mengamalkan etika batuk yang betul. Gunakan tisu atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. Cuci tangan dengan sabun dan air atau bahan pencuci tangan berasaskan alkohol. Buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.

Tingkatkan Penjagaan Kebersihan Diri
Pesakit dan semua ahli keluarga mesti mengambil langkah2 berikut:
  • Kerap cuci tangan dgn sabun dan air atau bahan cuci berasaskan alkohol.
  • Keringkan tgn dgn tisu atau tuala yan berasingan utk setiap ahli keluarga.
  • Cuci pinggan mangkuk dan peralatan lain serta permukaan yang kerap disentuh, dgn menggunakan bajan pencuci yagn biasa digunakan dirumah.

Jangan Kongsi Peralatan PEribadi
  • Peralatan seperti pinggan mangkuk dan kain seperti tuala, cadar dan selimut tidak boleh dikongsi oleh ahli keluarga pesakit. Semua barangan ini perlu dicuci dgn sabun dan air.

Menjarakkan Diri
  • Pesakit dinasihatkan supaya tidak meninggalkan rumah sehingga mereka benar2 sembuh, lazimnya 7 hari.
  • Pesakit seboleh2nya diminta tinggal di bilik berasingan.
  • Ahli keluarga, khususnya yang cenderung mendapat komplikasi (khususnya ibu hamil) seboleh2nya hendaklah menjarakkan diri daripada pesakit sekurang-kurangnya 1 meter utk mengelakkan jangkitan.
  • Sekiranya pesakit terpaksa keluar rumah contohnya, untuk mendapatkan rawatan beliau hendaklah memakai penutup mulut dan hidung (mask), mengamalkan etika batuk yang betul dan kerap mencuci tangan.

Tuesday, August 4, 2009

Create Database

ok.. utk pemahaman sendiri..

situasi : ada 2 server bdd dan bdd01..

bdd: 192.168.1.59
bdd01: 192.168.1.58

skarang ni berada dalam server bdd.. so kena masuk bdd01 dari situ..

ssh -l www 192.168.1.58 (internal)
then
mysql -uroot -p****** (ini password takbleh tunjuk )
so bolehlah:

mysql> create database sepang (contoh)

* show databases; nak tgk ada tak database itu....

pastu kena buat grant, contoh:

zonhisham: mysql> GRANT ALL PRIVILEGES ON sepang.* TO bdd@bdd01 IDENTIFIED BY '******'; (ini password takbleh tunjuk)

zonhisham: pastu kena flush supaya perubahan take effect:

zonhisham: mysql> flush privileges;

zonhisham: thats all

saiya: wokeh..

zonhisham: aksud GRANT command tadi adalah seperti berikut: grant semua privilege ke atas semua table dalam database yg bernama sepang (sepang.*) kepada user yg bernama bdd di server yg bernama bdd01 (bdd@bdd01) dan user bdd tersebut mempunyai password ******(sama cam atas tadi)
zonhisham: so dlm settings.php utk sepang.bdd.org.my (contoh) kena lah edit secukup rasa
zonhisham: thats all. senang kan?
zonhisham:
saiya: ok ok rasanya cam bleh jer nih..
zonhisham: cun

Wednesday, July 22, 2009

How to find mp3

intitle:"index.of" (mp3) (song.tittle) -asp -htm -html -cf -jsp

Copy paste ayat ini dalam google search engine. Ubah (song.title) kepada tajuk2 lagu yang nak cari, ataupun nama artist.















contoh
intitle:"index.of" (mp3) lilly.allen -asp -htm -html -cf -jsp
dapat result apa yang nak dicari.. erm mesti ada dot setiap antara perkataan..



















result yagn keluar dlam bentuk directory mcmni. size mp3 pun bleh tau.. so apa lagi.. sedut lah... right klik n save..

tp style mcm ni kebnyknnyer lagu2 omputih ade, lagu2 melayu susah sket nak dapat guna code ni..