Friday, October 9, 2009

shutdown -h now

login as: www
www@119.xxx.xxx.xxx's password:
Last login: Mon Sep 28 13:39:54 2009 from 60.49.xxx.xxx
[www@maildevel12 ~]$
[www@maildevel12 ~]$ shutdown -h now
-bash: shutdown: command not found "aik tak boleh?"
[www@maildevel12 ~]$ su
Password:
[root@maildevel12 www]# shutdown -h now
bash: shutdown: command not found "lar tak boleh jugak??"
[root@maildevel12 www]# su -
[root@maildevel12 ~]# shutdown -h now

Broadcast message from root (pts/0) (Fri Oct 9 10:52:52 2009):

The system is going down for system halt NOW! "haa baru boleh"
[root@maildevel12 ~]#

Tuesday, October 6, 2009

Antara Jual Beli

Bismillah...
Assalamualaikum..

Saya berkata di sini atas renungan, pemerhatian dan pengalaman..
Dunia bukan ada satu akal, iaitu bukan SAYA sahaja..
namun kehadiran anda memeriahkan dunia dengan akal-akal anda
jadi alirkan akal anda di sini, kerana, tak cukup saya seorang dan tak aci la!..

Kali ini skop difokuskan mengenai urusan jual beli. Namun spesifikasi dimenangi oleh bab pembelian~. Saya dan anda adalah pembeli, pengguna, tukang bayar,...... yang muslim, mengakui keimanan yang disaksikan. Semestinya urusan seperti ini tak lari ke mana, malah kerana urusan pembelian ini telah memberi kita peluang mengisi perut, duduk atas kerusi, ada kenderaan, dapat belajar gi skolah dan.....banyak sangat tak terkata..hah!


Antara ubat gigi colgate dan ubat gigi mukmin
antara sos kimball dan aminah hassan
antara wall's dan mingo mingo
antara ikan ah chong dan ikan ahmad
antara ketupat Nona dan ketupat Adabi
antara pizza hut dan pizza al-Bustan, Malaysiana..~
antara surat khabar mutusamy dan surat khabar samad
antara kedai kopi lee kuwan yiu dan kedai kopi pak kasim
antara produk bukan islam dan produk islam
antara kedai bukan islam dan kedai islam........

Anda sudah nampak gambaran saya?

Agak terkilan saya bila terlihat, mereka itu berkopiah, bertudung, namun beli ikan/sayur/udang (barang2 basah) di kedai turaisinggam, totally india, bukan mamak. Ya, perkara ini berlaku di kawasan rumah saya. Mai datang, tengok sendiri. Sejak kedai tersebut mula beroperasi, kedai melayu islam yang sudah lama bertapak di situ, hilang pengunjung. Dua-dua kedai bersebelahan pulak tuh. Yang hairan, macam mana orang berkopiah boleh tergamak tinggalkan kedai saudara sendiri, tapi beralih ke kedai kafir?

Sama seperti di R&R, yang kita selalu singgah dlm perjalanan balik kampung. Setiap kedai siap bertulis nama pemilik. Macam2 kedai ada, macam2 nama ada. Kedai roti, pemilik Saiful, dan bakery chan. Sedih tgk, boleh pula warga yang bergelar islam pilih kedai chan. Saya tak reti nk bertindih bahasa secara lapang, maaf jika terlalu direct, kerana inilah realiti.

Kisah benar di kedai Iwani, jika sesiapa tahu itulah kedai melayu islam yang menjual produk 'frozen food', di greenwood ada, di taman permata pun ada. Ini kisah di taman permata. Kami mencari burger Ramly, maka ditanyalah sama pekedai di situ, "burger ramly kat mana ?"(agak terkuat suara kami). Tiba-tiba tak tahu datang dari mana ada seorang manusia ni, melayu, islam, dia berkata "Burger yang bukan ramly ada?bagi saya.."(sambil terpusing2 terintai2 kami)
Huh!

Hal yang ingin diperkatakan di sini, kita orang islam sudah boleh buat produk sendiri, makanan sendiri, ubat gigi sendiri. Jadi apa lagi? Tinggal manusia yang bergelar islam itulah yang mengangkat kaki membeli produk tersebut. Sama juga, pemilikan kedai mana yg dipilih? Ni mereka-mereka yang masih berpaut di McDonald, kedai dobi ah lam..ni tak ada kesedaran.
Lihat saja sekeliling, pelekat McDonald ditampal di kereta, huh berapa banyak, ada pula siap tiga keping sekali gus tampal di cermin kereta.

Ya! Manusia ada pilihan. Malah, pasti ada yang berkata, "La, da kedai mereka tu tak produktif, tak bagus, tak sedap, tak menarik, tak ada senyuman, blablabla..."
Hei!, engkau nak atau tak nak?! Kesedaran apa yang engkau ada?
Ini bukan soal tak bagus atau tak menarik, tapi itu kedai saudara aku..
Dan soal pilihan, pilihan mana yang paling baik? Siapa yang kamu utamakan ?
Apa kata anda?

Beralih kepada persoalan yang lain, unsur SaBotAJ. Ya, pergi Carrefour, Giant etc. Jumpa ketupat Nona, di awal2 lagi dah display. Kan? kalau kamu perasan. Ketupat adabi? sorok belakang2 kena cari. Namun, benarkah ada unsur sabotaj? Gara-gara sapa? Jadi berhati-hatilah dan tanya lah diri sendiri.
Saya bukan mempromote barang mereka, tapi mempromote diri anda untuk sama-sama lah kita betul dan saling membetulkan.

Lainlah jika memang kita tak buat lagi produk itu, cth Komputer, tak ada lagi. Tak ada tak mengapalah. Itu saja pilihan yang kita ada. Ni yang dah ada ni, jika masih tak sedar2, ni yang tak boleh. Sedih tengok orang islam yang masih tak ada kesedaran ini. Ada pula, sudah la tidak membeli produk islam, malah mengutuk lagi pun ada. Hek enten. InsyaAllah semoga saya dan anda bukan dari golongan-golongan yang seperti itu.

Fikir balik dan apa kata anda?......
wassalam..

Diambil dari sini : Antara Jual Beli

Thursday, October 1, 2009

Premier Cup Series 2009 Putrajaya

Mari datang beramai2.. masuk percuma! Ada pony ride, ada carriage ride, tarian kebudayaan..

info tgk je kat sini.. www.premiercup.com.my

Date:

1st October - 4th October 2009

Time:
8.00am - 6.00pm

Venue:
Taman Ekuestrian Putrajaya
Precinct 5, 62200
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Competition Arena:
Equestrian Field (Grass)

Organiser:
ARL Promotions Sdn Bhd
Taman Ekuestrian Putrajaya
Precinct 5, 62200 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya
Malaysia

Tel: 03-8888 6080
Fax: 03-8888 8699
Email: premiercup@home.net.my

Website:
www.premiercup.com.my