Thursday, July 8, 2010

Nasi Mandy Restoran Saba' Cyberjaya

Sebuah restoran arab di Cyberjaya yang menyediakan makanan citarasa exotic arab. Menu utama yang menjadi kegemaran ramai pengunjung disini ialah nasi mandy yang menyerupai nasi beryiani kita tetapi mempunyai rasa yang berlainan dan sedap.



wan arif dan suhaimi. 
tgh tgu waiter dtg, kami tiba dlm jam 12.40 tghari, tp meja bahagian dalam dah penuh, tinggal meja di luar sahaja, takde payung pulak tu, nasib hari pun tak panas terik sgt, dan yang  penting hari tak hujan.

suhaimi dan faisal.
menu apa la yang nak makan nih.


 antara menu yang ada,  semua menu ni mkn dgn nasi, n boleh pilih size, small atau large. kami pilih small jer, tp suhaimi dpat yang large punya. ada juga menu selain dari nasi, mcm kebab, appertizer dia pun sumer menu2 arab, tp itu maybe lain kali boleh try, sbb first time nih nak makan nasi dulu.

saya makan chicken hanith

wan arif makan Roasted Chicken

sama mcm faisal pun roasted chicken

suhaimi makan lamb kabsah large huhuh.. tp daging kambing ni tersangat lah sedap, lembut, takde rasa hanyir kambing pun, fuh..

aha, makan takde air boleh tercekik pulak. air ape nih? ini air gas Barbican, ada mcm2 perisa, saya n wan arif minum perisa strawberi, suhaimi perisa epal, faisal minum air soya.

ini la rupanya, gas dia tak kuat sgt, sedap juga air nie. cara nak bukak penutup dia ialah dgn ambil tisu 2-3 keping, letak atas botol dan pusingkan penutup dia, ala mcm alas utk jari nak pusing jer, kalu tkade tisu tu tak terbukak penutup botol tu.

makanan sampai jom makan, oh lupa, setiap hidangan nasi ni diserve juga dengan timun n sambal cili tomato. pun sedap juga.

hahahaha... tinggal tulang jer semua makan... balik opis sure ngantuk nih... 


ok next time boleh pegi lagi... walaupun harga disini bleh tahan jugak, tp puas hati lah makan, berbaloi.

ini map nak ke situ.



MAP

View Restoran Saba Cyberjaya in a larger map


MENU



http://nazrilhaniff.blogspot.com/

2 comments:

Norihan said...

salam, boleh tau contact no telefon restoran nih..sy nak pegilah bawak anak2 mkn kat situ..
thanks fyi.

Nazril said...

salam, aisey saya tak ambil pula no tel dia.